Sidebar ADS

BUKTI BAHWA WALISONGO BUKAN BAALAWI

BUKTI BAHWA WALISONGO BUKAN BAALAWI 

Di dalam  kitab Syamsu adz-Zhohirah susunan Allamah Sayyid Abdul Rahman bin Muhammad bin Husain al Masyur yang kemudiannya ditahkikkan oleh ahli nasab Sayyid Muhammad Dhiya’ Syihab,  hlm 528, menyebutkan bahawa: “Al-Habib al Allamah Ahmad bin Abu Bakar bin Semait dalam syarah kitab Lamiah karangan al Habib Abdullah mengatakan bahawa Ammul Faqih (Alwi bin Muhammad Sahib Mirbath), mempunyai empat anak, dan diantara anaknya yang mempunyai keturunan ialah Abdul Malik bin Alwi bin Muhammad Sahib Mirbath, yang mana keturunannya bertebaran di India, dikenali sebagai al-Azmat Khan.

Juga dicatatkan bahwa telah datang surat kepada Habib Ahmad bin Hassan al-Attas daripada Sayyid Muhammad bin Ahmad al-Jufri dan Amin bin Sayyid Jaafar ‘Asim yang mengandungi soalan mengenai keluarga al-Azmat Khan. Maka Habib Ahmad bin Hassan al-Attas menjawab: “ Dan telah kamu mengetahui bahawa nasab sadat al-Azmat Khan adalah anak-anak keturunan daripada Sayyid Abdul Malik bin Alwi bin Muhammad Sahib Mirbath. Dan mereka telah dicatatkan di dalam  usul/akar pokok salasilah (yakni salasilah Sayyid Abdul Malik sehingga kepada Nabi SAW daripada sebelah lelaki) di tangan-tangan para sadat Alawiyyin. Ini adalah akar pokok manakala ranting-ranting daripada pokok salasilah keluarga al-Azmat Khan ini tidaklah kami mempunyai pengetahuan lanjut ke atasnya.”

Merujuk kepada ahli-ahli nasab di  Tareem, Hadhramawt, Yemen  yang mengambil pendirian bahawa jikalau mana-mana pihak yang datang dengan ranting-ranting salasilah al-Azmat Khan ini, maka pendirian yang diambil oleh ahli-ahli nasab di Tareem, Hadhramawt, bahawa mereka tidak akan mengiyakan mahupun menafikan status mereka sebagai ahlul-bait Nabi SAW.

Sungguhpun ahli-ahli nasab Hadhamawt memperakui kewujudan/keberadaan ranting-ranting salasilah al-Azmat Khan, namun mereka tidak akan mengesahkan mana-mana individu sebagai al-Azmat Khan serta tidak dapat mencatatkan namanya dalam rekod salasilah di sini, kerana syarat-syarat pengesahan  yang digunakan sebagai  mengenalkan mana-mana pihak dari keluarga al-Azmat Khan belum/tidak memenuhi syarat-syarat metodologi ahli-ahli nasab di Tareem, Hadramawt.

Majhulun Nasab, adalah status nasab seseorang setelah diadakan masa penyelidikan/pemerhatian dan penelitian ternyata tidak didapatkan jalur nasabnya. Ada beberapa kemungkinan penyebab terjadinya status ini diantaranya: karena ketidaktahuan, kebodohan, kurangnya pengetahuan masalah nasabnya ataupun niat-niat untuk memalsukan nasab.

Diantara kelompok ini adalah orang yang menisbahkan diri dalam keluarga Al-Azmat Khan / Wali Songo. Di dalam nasab keluarga ini sudah lebih dari 500 tahun tak tercatat secara tertib. Diperkirakan lebih kurang 15 generasi yang telah terputus, jadi dalam kurun waktu yang begitu lama sangat mungkin terjadi pemalsuan ataupun salah nisbah juga sudah bercampur aduk antara garis laki laki dan perempuan. Nasab ini adalah nasab yang sudah tak dapat disambungkan lagi ke dalam datuk moyang yang mereka nisbah.

❄️بارك الله فيكم أجمعين والله أعلمُ بالـصـواب❄️  web.facebook.com/qsantri.eu.org?apps.apple

Sumber buku dzuriyyah Rasulullah SAW & Raja-Raja Melayu : Falsafah Sejarah & Hikmah

Posting Komentar

Beri masukan dan tanggapan Anda tentang artikel ini secara bijak.

Lebih baru Lebih lama
Sidebar ADS
Sidebar ADS
Sidebar ADS